Google Memindahkan Pengilangan Produk Nest Mereka Ke Malaysia 1
in

Google Memindahkan Pengilangan Produk Nest Mereka Ke Malaysia

Perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat mengakibatkan produk yang dihasilkan di China dikenakan tarif sehingga 25%. Kini mengikut laporan Bloomberg, Google telah memindahkan pengilangan termostat pintar Nest mereka ke Malaysia dan Taiwan.

Google Memindahkan Pengilangan Produk Nest Mereka Ke Malaysia 2

Dengan pemindahan ini, Google dapat mengelak dari membayar kadar tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk China yang diimport masuk ke Amerika Syarikat. Selain itu Google juga dilaporkan memindahkan pengilangan papan induk mereka ke Taiwan. Papan-papan induk ini digunakan oleh Google pada pelayan data untuk perkhidmatan seperti Seach, Map dan awanan mereka.

Selain Google, Foxconn juga bersedia untuk memindahkan proses pengilangan produk Apple keluar dari China sekiranya diperlukan. Mereka mempunyai kilang di India yang bersedia untuk mengambil alih proses pengilangan peranti untuk pasaran A.S jika diperlukan.

Sumber: Bloomberg

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

PUBG Mobile – Mod 4 Lawan 4 Diumumkan Sempena Acara Kolaborasi Godzilla: King Of Monsters 11

PUBG Mobile – Mod 4 Lawan 4 Diumumkan Sempena Acara Kolaborasi Godzilla: King Of Monsters

Uber Eats Akan Memulakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan Menggunakan Dron Tahun Ini 12

Uber Eats Akan Memulakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan Menggunakan Dron Tahun Ini