Uber Eats Akan Memulakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan Menggunakan Dron Tahun Ini 1
in

Uber Eats Akan Memulakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan Menggunakan Dron Tahun Ini

Perkhidmatan Uber mungkin tidak lagi ditawarkan di Malaysia tetapi di negara asalnya mereka masih berkembang pesat. Menurut laporan Bloomberg pagi ini, Uber Eats akan mula melakukan penghantaran makanan menggunakan dron menjelang penghujung 2019.

Uber Eats Akan Memulakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan Menggunakan Dron Tahun Ini 2

Ujian menggunakan dron telah dilakukan oleh Uber Eats sejak bulan Mei. Rakan niaga mereka McDonalds telah mereka pek khas yang membolehkan makanan kekal panas semasa proses penghantaran. Menerusi penggunaan dron, penghantaran makan dalam lingkungan 2.5 kilometer dalam dilakukan dalam masa 7 minit berbanding 21 minit menggunakan pengangkutan bermotor biasa.

Uber Eats Akan Memulakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan Menggunakan Dron Tahun Ini 3

Dron akan mendarat di kawasan yang diwartakan sebagai kawasan selamat. Pekerja Uber Eats kemudian akan menghantar makanan dari dron untuk dihantar ke rumah pelanggan untuk beberapa meter terakhir. San Diego akan menjadi bandar pertama menerima sistem dron. Kos penghantaran masih lagi sekitar RM36 yang sama seperti penghantaran menggunakan kereta atau basikal sekarang.

Sumber: Bloomberg

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Google Memindahkan Pengilangan Produk Nest Mereka Ke Malaysia 12

Google Memindahkan Pengilangan Produk Nest Mereka Ke Malaysia

The Chicken Rice Shop Bakal Diambil Alih Zensho Holdings Dengan Nilai RM220 Juta 13

The Chicken Rice Shop Bakal Diambil Alih Zensho Holdings Dengan Nilai RM220 Juta