Dota Underlords – Permainan Sampingan Dota Berdasarkan Mod Auto Chess 1
in

Dota Underlords – Permainan Sampingan Dota Berdasarkan Mod Auto Chess

Valve hari ini mengumumkan permainan baharu iaitu Dota Underlords di mana ianya merupakan permainan sampingan khas Dota 2 berdasarkan mod Auto Chess oleh Drodo Studio.

Ketika E3 2019 yang berlangsung minggu ini, Drodo Studio mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Auto Chess mereka tersendiri di Epic Games Store, namun dengan kebenaran Drodo Studio, Valve akan melancarkan versi sendiri permainan ‘Auto Chess’ mereka.


Melalui Dota Underlords, permainan ini akan memfokus bentuk strategi yang mana tidak seperti permainan Dota 2 yang memfokuskan bentuk berpasukan, Dota Underlords akan memfokuskan secara solo sebanyak 8 pemain akan bertempur sesama sendiri. Menariknya, memandangkan permainan ini adalah permainan sampingan buat Dota 2, ia akan menyertakan pelbagai elemen dan watak-watak daripada Dota 2.

Menurut Valve, buat mereka yang mempunyai langganan Dota 2 Battle Pass, mereka berupaya untuk mencubanya hari ini. Namun buat beta terbuka, Valve menyatakan ianya bakal bermula minggu hadapan.

Dota Underlords – Permainan Sampingan Dota Berdasarkan Mod Auto Chess 2

Menariknya, Dota Underlords ini bukan sahaja akan dilancarkan di Steam, malah ianya juga bakal tiba secara versi permua melalui peranti iOS dan Android dengan bentuk rentas-permainan dan kemajuan.

Sumber: PC Gamer

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Petronas Perkenalkan Stesen Minyak Bergerak Dinamakan Sebagai ‘ROVR’ 11

Petronas Perkenalkan Stesen Minyak Bergerak Dinamakan Sebagai ‘ROVR’

Huawei Dilihat Telah Mendaftar Tanda Dagang “HongMeng” Di Malaysia 12

Huawei Dilihat Telah Mendaftar Tanda Dagang “HongMeng” Di Malaysia