Huawei Dilihat Telah Mendaftar Tanda Dagang “HongMeng” Di Malaysia 1
in

Huawei Dilihat Telah Mendaftar Tanda Dagang “HongMeng” Di Malaysia

Huawei telah pun mula mendaftar tanda dagang untuk sistem operasi “HongMeng” disejumlah negara, dan nampaknya mereka turut telah mendaftar penggunaan tanda dagang berkenaan untuk pasaran Malaysia.

Daripada penemuan pihak Lowyat melalui semakan di MyIPO, ia dilihat tanda dagang HongMeng telah difailkan pada 24 Mei 2019 lepas oleh pihak Huawei.

Huawei Dilihat Telah Mendaftar Tanda Dagang “HongMeng” Di Malaysia 2

HongMeng dikatakan sebagai sebuah sistem operasi generasi baru yang sedang dibangunkan oleh Huawei, dan mungkin digunakan sebagai pengganti untuk Android sekiranya halangan perdagangan diteruskan oleh pihak Amerika Syarikat. Ia diperkatakan yang mana sistem operasi HongMeng ini turut diuji oleh beberapa pihak lain, termasuk Xiaomi dan Oppo.

Mengikut beberapa laporan sebelum ini, ia telah diperkatakan yang mana sistem operasi HongMeng akan digunakan di China seawal tahun ini, selain mungkin diperluaskan untuk pasaran global pada tahun akan datang.

Sumber: Lowyat

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dota Underlords – Permainan Sampingan Dota Berdasarkan Mod Auto Chess 11

Dota Underlords – Permainan Sampingan Dota Berdasarkan Mod Auto Chess

Koleksi Stranger Things x Nike Bakal Dilancarkan Hujung Bulan Ini 12

Koleksi Stranger Things x Nike Bakal Dilancarkan Hujung Bulan Ini